Pilihan klasik dalam industri, menyediakan segala yang diperlukan oleh pedagang untuk berjaya.
MetaTrader 4 (MT4), dibangunkan oleh MetaQuotes pada tahun 2005, ialah platform dagangan popular untuk pedagang dan broker. Ia menawarkan sistem dagangan yang kukuh, alat analisis pasaran, serta carta yang boleh disesuaikan, semuanya boleh diakses melalui desktop atau peranti mudah alih.
Ciri utama MT4 ialah sokongan untuk dagangan algoritma melalui Expert Advisors (EAs), membolehkan pedagang mengautomasi strategi mereka dengan lebih tepat dan cekap. Dengan antara muka (interface) mesra pengguna, platform ini sesuai untuk pedagang baharu dan berpengalaman.
Dapatkan kelebihan kompetitif dalam pasaran global dengan berdagang CFD di platform MT4 bersama FPG hari ini.
Manfaatkan potensi carta yang boleh disesuaikan dalam MT4, sesuai untuk pedagang baharu dan berpengalaman. Dengan alat canggih seperti indikator, pilihan lukisan, dan pelbagai rangka masa, anda boleh menganalisis pasaran dengan lebih berkesan serta mengenal pasti peluang dagangan dengan lebih tepat.Tingkatkan strategi dagangan anda dengan ciri carta berkuasa MT4 untuk analisis yang lebih mendalam.
Antara muka (interface) mesra pengguna MT4 menjadikannya pilihan utama dalam kalangan pedagang baru dan profesional. Susun atur intuitif memastikan kemudahan penggunaan untuk semua.
Nikmati platform dagangan yang serba lengkap dengan ciri-ciri berkuasa. Akses MT4 di desktop melalui WebTrader atau kekal berhubung di mana-mana sahaja dengan aplikasi mudah alih.
Permudahkan dagangan anda dengan Expert Advisors (EAs) di MT4, yang direka untuk mengautomasi dagangan berdasarkan matlamat dan strategi anda.EAs ialah alat dagangan canggih dalam terminal MT4 yang menjalankan analisis teknikal automatik serta melaksanakan dagangan berdasarkan isyarat pasaran.Dengan mengautomasi analisis dan pelaksanaan dagangan, EAs meningkatkan kecekapan serta ketepatan strategi dagangan anda.
MetaTrader 4 (MT4) menyediakan pelbagai indikator dagangan terbina dalam, termasuk Moving Averages, RSI, MACD, dan Bollinger Bands. Indikator ini membantu pedagang menganalisis keadaan pasaran dan mengenal pasti peluang dagangan.Indikator ini boleh disesuaikan mengikut strategi dagangan individu, memberikan fleksibiliti kepada pedagang dari semua peringkat pengalaman.MT4 juga menyokong penggunaan indikator tersuai, membolehkan pedagang mengintegrasikan alat pihak ketiga ke dalam dagangan mereka.Dengan carta berkuasa tetapi mudah digunakan, MT4 meningkatkan keupayaan pedagang dalam melakukan analisis pasaran yang menyeluruh dan membuat keputusan dagangan yang lebih tepat.
70+ mata wang asing
14 instrumen untuk dagangan di bursa global
Bitcoin, Ethereum, Ripple,Bitcoin Cash, Litecoin & banyak lagi
Apple, Nvidia, Tesla dan banyak lagi
Minyak, Minyak Mentah, dan Gas
Emas, Perak dan banyak lagi
Ya, MT4 boleh dimuat turun dan dipasang secara percuma. Daftar untuk Akaun Langsung atau Akaun Demo bersama FPG hari ini untuk mula berdagang pelbagai instrumen CFD merentas kelas aset seperti forex, indeks, saham, komoditi, ETF, dan bon. Semuanya boleh diakses dengan lancar melalui platform MT4.
Berdagang di platform MT4 adalah mudah dan intuitif selepas anda memuat turun dan memasangnya di desktop atau peranti mudah alih anda. Anda boleh membuka dagangan menggunakan fungsi ‘order’ untuk meletakkan pesanan pasaran serta-merta atau menggunakan pelbagai jenis pesanan seperti market order, stop order, atau limit order untuk menyesuaikan strategi dagangan dan meningkatkan kecekapan.
MetaTrader 4 direka untuk memenuhi keperluan semua pedagang, daripada pemula hingga pakar. Untuk pemula, MT4 menyediakan pelbagai alat dagangan, termasuk analisis fundamental dan teknikal, pilihan carta interaktif, Expert Advisors (EAs) untuk dagangan automatik, serta isyarat dagangan untuk membantu keputusan pelaburan. Platform ini boleh diakses pada bila-bila masa, di mana sahaja melalui aplikasi mudah alih dan pelayar web, memastikan kemudahan dan fleksibiliti dalam dagangan anda.
Ya, boleh. MetaTrader 4 (MT4) adalah platform dagangan yang digunakan secara meluas dan menyokong dagangan CFD. FPG menawarkan dagangan CFD merentasi forex, indeks, saham, komoditi, ETF, dan bon. Anda boleh berdagang pelbagai CFD di platform MT4 dan MT5 atau melalui aplikasi mudah alih FPG:
Forex: Dagangkan pasangan mata wang popular seperti EUR/USD, GBP/USD, dan USD/JPY.
Indeks: Akses indeks utama global seperti NASDAQ, S&P 500, dan Dow Jones.
Saham: Dagangkan saham AS, UK, Eropah, dan Australia, termasuk Tesla, Apple, Meta, Netflix, dan banyak lagi.
Komoditi: Dagangkan logam berharga seperti emas dan perak, serta tenaga dan komoditi lembut.
ETF: Terokai ETF yang menjejak pelbagai aset dan indeks.
Bon: Berdagang bon kerajaan dan korporat.
Mulakan dagangan CFD bersama FPG hari ini dan akses pelbagai pasaran global!
Menyambungkan akaun FPG ke MT4 membolehkan anda berdagang secara langsung dalam masa nyata. Berikut adalah langkah-langkah untuk bermula:
1. Layari laman web FPG, pergi ke bahagian “Register” di penjuru kanan atas, dan klik “Trade Now”.
2. Lengkapkan borang pendaftaran, ikuti arahan di skrin, dan muat naik dokumen yang diperlukan untuk pengesahan.
3. Setelah akaun anda disahkan, anda akan menerima e-mel pemberitahuan bahawa akaun anda sudah siap digunakan.
4. Tambah dana ke akaun anda dan log masuk ke MT4 untuk mula berdagang secara langsung.
Ambil langkah pertama dan sambungkan akaun FPG anda ke MT4 hari ini!
MT4 sesuai untuk pedagang baru yang memberi tumpuan kepada forex dan CFD, kerana antara mukanya yang mesra pengguna dan alat dagangan asas yang lengkap.
MT5, sebaliknya, memenuhi keperluan pedagang berpengalaman, dengan ciri lanjutan serta akses kepada pasaran yang lebih luas seperti saham dan mata wang kripto.
Setiap platform mempunyai kelebihannya tersendiri, jadi penting untuk memahami perbezaannya bagi memilih yang sesuai dengan gaya dagangan anda.
Ketahui lebih lanjut: Baca artikel penuh kami yang membandingkan MT4 dan MT5 untuk menentukan platform yang terbaik untuk anda.
MT4 lebih sesuai untuk pedagang yang memfokuskan kepada strategi automatik dan integrasi broker yang lancar. Manakala TradingView pula ideal untuk pedagang yang mengutamakan alat carta lanjutan dan analisis yang didorong oleh komuniti, menjadikannya pilihan terbaik untuk analisis mendalam dan dagangan sosial.Platform yang anda pilih harus selari dengan gaya dan matlamat dagangan anda.
Ketahui lebih lanjut: Baca artikel penuh kami yang membandingkan MetaTrader 4 dan TradingView untuk mengetahui platform mana yang lebih sesuai untuk anda.
Apabila memilih broker MT4, beberapa faktor utama yang perlu dipertimbangkan termasuk kawal selia, yuran, instrumen dagangan yang tersedia, dan kualiti sokongan pelanggan. Penting untuk memilih broker yang sejajar dengan matlamat dagangan anda, sama ada anda memberi tumpuan kepada forex, CFD, atau menggunakan alat seperti Expert Advisors (EAs) untuk dagangan automatik.
Mengapa memilih FPG untuk dagangan MT4?
FPG menonjol sebagai broker MT4 yang dikawal selia dengan yuran kompetitif, pelbagai instrumen dagangan, dan sokongan pelanggan yang cemerlang. Dengan platform mesra pengguna yang sesuai untuk pedagang baharu dan berpengalaman, FPG ialah pilihan dipercayai untuk mencapai matlamat dagangan anda dengan lebih cekap.
Laman web ini diterbitkan oleh Fortune Prime Limited.
Maklumat yang disediakan di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan atau pelaburan. Kandungan di laman web ini tidak disesuaikan dengan keadaan khusus atau objektif pelaburan mana-mana individu atau entiti.
Sila ambil perhatian bahawa produk yang dinyatakan di laman web ini, termasuk kontrak pertukaran asing Over the Counter (OTC) dan produk derivatif, mempunyai tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Terdapat kemungkinan kehilangan keseluruhan pelaburan anda. Kami mengesyorkan agar anda mendapatkan nasihat profesional atau menjalankan penyelidikan menyeluruh sebelum membuat keputusan pelaburan atau terlibat dalam perdagangan produk derivatif.
Laman web ini mungkin menyediakan pautan ke laman web luaran atau kandungan pihak ketiga untuk kemudahan anda. Walau bagaimanapun, kami tidak menyokong atau bertanggungjawab ke atas ketepatan, kelengkapan, atau kebolehpercayaan sebarang maklumat, produk, atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sumber luaran ini.
Dengan menggunakan laman web ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma penafian ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila hubungi kami untuk penjelasan lanjut.
Harap maklum bahawa penafian ini terpakai khususnya kepada produk bukan-Australia. Jika anda berada di Australia, peraturan dan pendedahan yang berbeza mungkin terpakai. Ketersediaan, terma, dan syarat produk ini mungkin berbeza bergantung pada bidang kuasa anda.
Perkhidmatan yang disenaraikan di laman web ini tidak tersedia untuk penduduk Amerika Syarikat, Jepun, Ukraine, Indonesia, New Zealand, Australia, dan Korea Utara. FPG diberi kuasa dan dikawal selia di pelbagai bidang kuasa.
Fortune Prime Limited yang beroperasi sebagai FPG Fortune Prime Global adalah diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Vanuatu (VFSC), nombor 700507. Fortune Prime Global Capital Pty Ltd pula diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), AFSL no. 400364, dan diberi kuasa untuk menjalankan perkhidmatan kewangan di Australia dengan batasan tertentu.
Please add the WeChat FPG_01, or scan the QR code.